tiada sebarang spesifikasi dalam penulisan blog ini..menulis apa sahaja yang dirasakan tidak mengganggu mana-mana pihak..sila tinggalkan blog ini segera jika anda rasa blog ini tidak sesuai untuk anda lawati..dan terima kasih pada yang sudi menziarah blog ini...terima kasih

Tuesday, March 20, 2012

~~demam pulak~~



demam...sakit tekak...selsema n batuk sikit2...sob2...
kalau encik suami kata dia demam rindu, aku plak kata yang aku demam berjangkit..huhhh...
kawan2, doakan aku cepat sembuh ye...tak larat la nak demam time2 sarat macam ni...



insyaAllah..mudah-mudahan..semoga aku bersabar...



Monday, March 19, 2012

~~baby cari suara babah~~

perut tengah lapar...harap2 abangku bawak balik burger...n baby sangat banyak bergerak2 malam ni..sampai senak2 perut...cari suara babah dia kot...mungkinlaa...hurmmm...sebenarnya mummy dia yang tercari2 babah dia...babah dia ada je..tapi jauhhhh...hehh...jauh di mata je la...hari ni (da msuk kol 12 so, semalam) encik suami kerja...sangat dukacita okehh...apa boleh buat...demi mummy n baby kenala kerja kuat sikit...tapi syukurlah dapat jugak encik suami datang walaupun sekejap..balik keje hari sabtu encik suami terus driving ke sini n pagi2 ahad terus balik kluang semula...sedih...:'( sampai demam2...demam rindu katanya...tapi kata aku demam sebab  smoking..hoho...logik takk??
sebenarnya aku berharap cepat bersalin...kalau boleh sebelum due...yelahh..rasa penat pulak berdebar2 je..dup dap dap je...tak nak berpisah dengan encik suami lama2 pun ye jugak...(padahal jumpa je weekend)...tapi duk kampung ni best jugak..ada mak..hehe...cakap je nak makan apa mak mesti buat...tu yang syok..syok sampai terboring la jugak...ye lah..tak buat apa2 kan...heii..baby cepatlah keluar ye..keluar dengan sihat n selamat...
tapi buat masa ni belum ada tanda2 awal nak bersalin pun lagi...cuba kita cek tanda2 bersalin cemana...jom2...


Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. 
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

hurmm..tu la sedikit sebanyak info..tapi dari pengalaman orang yang pernah aku tau, pengalaman bersalin ni berbeza2 setiap orang...bukan setiap orang je malahan setiap kelahiran..so, semoga pengalaman aku nanti adalah sesuatu yang menyeronokkan...insyaAllah...mudah-mudahan...Amin..

Friday, March 16, 2012

~~pasrah & redha~~

salam...
malam ni perasaan adalah tak best...tak tahulah kenapa perasaan itu berulang walaupun peristiwa itu tak pun berulang...tapi masih berperasaan yang sama...sakit...ye...sakit sebenarnya...aku faham...hakikatnya selama ni aku cuma pasrah dengan apa yang pernah berlaku...tapi aku masih belum sepenuhnya redha...walaupun aku cuba...mungkin aku masih trauma...bila teringat aku kembali sakit...:'(

Thursday, March 15, 2012

~~rindu-rinduan~~

Assalamualaikum...

kadang-kadang rasa tak percaya yang sikit hari lagi aku bakal lahirkan satu nyawa...diusia 25...insyaAllah...sekarang dah masuk minggu ke36 means dah cukup bulan...dan bila2 pun mungkin aku boleh deliver...sekarang pun aku dah balik kampung...mak aku sangat2 risau aku kat rumah sorang2 waktu2 sarat macam ni...ye lah encik suami keje...so mak paksa aku balik kampung walaupun ikutkan edd aku akan bersalin 12/4...tapi kan aku pernah terbaca 90% wanita melahirkan bukan pada edd..haaa...so kenalah sentiasa bersedia bila dah cukup bulan..samaada sebelum 40minggu atau terlebih sikit dari 40 minggu...

perasaan sekarang adalah berdebar2..yelah macam2 yang difikirkan..takut...risau...dalam masa yang sama sangat tak sabar...tak sabar nak menatap wajah buah cinta aku n encik suami...sepanjang masa berdoa semoga semuanya selamat...eh, korang pun doakan aku jugak tauu...waktu yang paling best masa mengandung ni bila rasa baby bergerak2...Subhanallah....sangat indah...masa first time aku dapat rasa gerakan baby aku sanggup tak tido malam...masa tu kena letak tangan atas perut baru boleh rasa...tu pun tak kuat sangat..kena betul2 menghayati...punyalah teruja...makin lama makin senang rasa gerakan baby...sampai nampak perut bergerak2..kadang2 memang ada rasa sakit...bila gerakan tu kuat...tapi perasaan indah tu lagi kuat dari perasaan sakit...Alhamdulillah...dapat berkongsi rasa ni dengan encik suami...n syukur sepanjang 36 minggu ni aku takde apa2 masalah serius berkaitan kandungan...aku tak mabuk sangat..takde apa2 alahan...cuma aku tak boleh telan pil2 yg klinik bagi...so hb aku memang rendah...latest 9.3 je...sepatutnya kena lebih dari 11...walaupun kategori mild anemia tapi tetapla membimbangkan sebab aku dah nak bersalin...takpe masih sempat berusaha nak naikkan hb...insyaAllah..

buat masa ni aktiviti aku adalah tak buat apa2...online je lah kan...kat kampung ni malam2 aku tido depan tv...bukan takde bilik tapi aku rasa rimas tido dalam bilik...sudahnya aku bentang toto tido kt depan tv..dengan kudut si kucing belang...bagi yang tak tau orang mengandung memang akan rasa panas sentiasa...suhu badan meningkat macam orang demam....kalau kat rumah bila encik suami dah tidur memang aku akan laju kan kipas....kat kampung ni malam2 memang sejuk tapi aku still bukak kipas tapi 1 je la kelajuan dia...

bila dah kat kampung ni memang asyik teringat kat encik suami je lah...yelah..bukan apa kesian dia kena tinggal sorang2...kena basuh baju sendiri..hehe...so minggu depan aku suruh encik suami balik rumah mak mertua aku..senang...makan pakai ada orang setelkan...n takdela aku risau sangat n sedih sangat..mana taknye nanti malam2 encik suami kol @ mesej bagi ayat sedih2..haihai...
semalam dapat jumpa encik suami kejap...dia balik keje cepat n trus driving datang sini...ala bukan jauh pun kan kluang-bp je...tak sempat tunggu weekend..hehe...so nant weekend baru dapat jumpa lagi....^_^

Tuesday, March 13, 2012

~~cukup bulan~~

Assalamualaikum...


terasa sukar nk memulakan bicara...almaklumlah dah sangat lama rasanya tak mengupdate blog ni...bila jari tak di laptop macam2 benda nak dishare tapi bila dah depan screen...blur....
untuk hari ni menaip di bumi batu pahat...ye..ku sudah balik kampung...due lagi sebulan tapi now da cukup 36 minggu...maksudnye memang dah kena prepare untuk bersalin...mana tau baby nak keluar awal,  kan...huiii...seriau fikir pasal bersalin ni...huhu..sebab tu la encik suami hantar balik kampung awal...yelah encik suami kerja kan..so, start minggu ni cuma akan jumpa encik suami weekend je....huuu..sedih ok...bukan aku je tapi encik suami plak yang melebih2...asal tepon je buat suara sedih2...buat ayat sadis2...heii..macamla kampung aku ni kat australia kan...tapi biasalah macam tu kan...dah selalu buat apa2 sama2 berdua..tiba2 kena tinggal pulak..mesti rasa lain...rindu jangan cakap...malam2 berbalas mesej masing2 meleleh air mata...heii nanti korang dah kawen korang taulah....yang belum kawen mungkin ada yg cebik2 bibir bile baca ni...haha..kau punya pasal lah kan....


eh, jom tengok 36 minggu baby buat apa...



Perkembangan fetus - hamil 36 minggu

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurnakami. 


Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.) 

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan. 

buat masa ni barang2 untuk bersalin dah pun prepare..siap2 masuk beg tinggal angkut je...yelah mulai saat ni anytime kot boleh nak bersalin...penting tu untuk siapkan barang baby n mummy untuk dibawa ke hospital...so nanti tengah sakit2 nak bersalin takdelah kelam kabut kan...
ape2 pun, doakanlah aku selamat melahirkan seorang lagi ummat Nabi Muhammad ke dunia ni...semoga Allah permudahkan semuanya...Amin...