tiada sebarang spesifikasi dalam penulisan blog ini..menulis apa sahaja yang dirasakan tidak mengganggu mana-mana pihak..sila tinggalkan blog ini segera jika anda rasa blog ini tidak sesuai untuk anda lawati..dan terima kasih pada yang sudi menziarah blog ini...terima kasih

Friday, October 28, 2011

~~edisi sakit~~

saat ini masih ada rasa yang tertinggal...sungguh..aku bosan..bosan melayan perasaan yang sering membuatkan semuanya jadi tak keruan...entahlah...susah benar rasanya nak melupakan..benarlah kata orang...memaafkan itu memang mudah tapi untuk melupakan......hurmmm....

berhari-hari..berbulan-bulan sudah semuanya berlalu....tapi masih...ye...masih sehingga kini...rasa itu tetap wujud...rasa yang boleh membunuh...berat rasanya...kalaulah...kalaulah masa boleh diputar kembali...mungkin aku takkan benarkan semua ni berlaku...tapi...takdir...yang kan terjadi tetap kan terjadi...dan semuanya telah pun terjadi...walaupun kini segalanya telah fix kembali tapi tetap takkan sama dengan yang asal kan...
hati yang patah...terluka...terhiris...kekecewaan...apa lagi.....???

terima kasih pada mereka yang pernah menghadiahkan perasaan ini pada aku...bergembiralah...sebab sejujurnya sehingga kini masih ada derita bersarang dalam hati...berseronoklah kerana mungkin aku belum sebahagia mereka yang mungkin dah lupa tentang aku...sedang aku sejujurnya masih mencari jalan keluar...keluar dari kisah pahit semalam...

ye..aku dah memaafkan...aku tak berdendam jauh sekali mahu meminta yang bukan2 untuk mereka...dengan harapan aku segera 'sembuh'...dan mereka berubah...semoga tiada lagi insan lain yang semerana aku...
katalah apa saja tentang aku kerana mereka tak pernah menjadi aku...menjadi suku daripada aku pun tidak...

tak apalah...aku sentiasa yakin dan pasti ada hikmah yang tersembunyi...cuma aku masih belum berjaya memujuk diri...

di saat ini dan untuk selamanya pengharapan hanya pada Tuhan...

Dear, terima kasih...dengan adanya kamu aku sedikit kuat...demi kamu, demi baby aku akan cuba...terus bertahan meneruskan sisa kehidupan yang ada dengan bayangan kisah pahit semalam...
terima kasih kerana masih aku yang teristimewa di hati mu...harap untuk selamanya...

Tuesday, October 25, 2011

~~kisah dongeng~~


Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Thursday, October 20, 2011

~~15 minngu~~

assalamualaikum
selamat hari khamis...kejap je dah hari khamis kan...tak terasa waktu yang berlalu...

untuk 3minggu yang akan datang ni nampaknya saya akan kehilangan mak mertua...sebabnya mak adalah nak melancong ke sabah...heee...sebenarnya mak nak pergi tengok cucu baru...kira melancong lah tu kan...sob..sob...3minggu takde makk...huuu..mak jangan tanak balik sini pulak ye nanti...

okeylah..minggu ni my pregnancy dah 15 weeks...mari kita tengok apa yg berlaku kat si kecik ni...


"Anda mungkin tidak sedar ianya berlaku, tetapi penghuni kecil anda kerap tersedu-sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab trakea mereka bertakung air dan bukan udara.


Walaupun badan anda telah naik berat antara 5 ke 10 paun / 2.2 ke 4.5 kilogram, berat fetus anda hanya sekitar 2.5 auns / 70 gram. Panjangnya dari mercu kepala ke punggung hampir 4 inci / 11 sentimeter. Kaki membesar sehingga lebih panjang dari lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota boleh bergerak. Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda dengan ujian ultrasound, sebab genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan. 

Jika sebelum ini idea yang anda akan mendapat seorang bayi itu belum begitu nyata, anda akan betul-betul sedar yang ini satu hakikat apabila bayi anda bergerak untuk pertama kali. Ramai bakal ibu merasakan pergerakan (diberi nama "gerakan pertama" di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Jika anda sudah biasa hamil, anda akan menyedari perkara-perkara seperti ini lebih awal lagi. Yang anda sangkakan perut berderam-derum mungkin bayi anda bergerak tunggang terbalik. Rekodkan bila anda mula merasakan pergerakan bayi dan beritahu doktor anda apabila berjumpa dengan dia nanti. Kehamilan di tahap pertengahan ini adalah masa yang baik untuk anda mula bersenam. "

rasa tidak kesabaran nak rasa baby bergerak...haihaii..nikmatnya perasaan ni...my tummy pun baru nampak sikit membuncitnya...memangla rasa teruja..sekarang nih i pakai kain batik hokeyy...demimu baby...huhu..sebab dah tak selesa nak pakai seluar...yang paling teruja dengan perut ni mestila encik suami...kelmarin checkup kat klinik siap tanya nurse normal ke tak perut kecik cenggini walaupun da nak masuk 4 bulan...nurse kata awak tu kurus so normal la perut mcm tu..huhu.alhamdulillah...so far takde apa masalah dengan baby...semuanya ok..cuma berat je turun...hurmm..macamana agaknya nak naikkan berat ye..nak makan apa ye.....aduh duhh..lagi sebulan kena naikkan berat badan nihh..selera buat masa ni memang bertambah2...rasa nak makan 24 jam...paling tensen kalau rasa lapar time pagi2 buta encik suami pegi keje tu..aduh duhh....laparr ya amatt,, tapi tahankan je la sampai subuh,....
apa2 pun syukur sangat2 dengan kurniaan ni..ye lah bukan semua orang dapat rasa perasaan macam ni kan..bagi aku yg diberi peluang rasa memang sangat2 teruja...huuu...mummy to be...harap2 semuanya dipermudahkan...Ameen...