tiada sebarang spesifikasi dalam penulisan blog ini..menulis apa sahaja yang dirasakan tidak mengganggu mana-mana pihak..sila tinggalkan blog ini segera jika anda rasa blog ini tidak sesuai untuk anda lawati..dan terima kasih pada yang sudi menziarah blog ini...terima kasih

Thursday, June 30, 2011

~~orang ketiga~~

aku suka artikel ini.....jadi mari kita baca sama-sama...:p


"Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian 

KAJIAN Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati antarapunca utama perceraian hari ini ialah suami curang atau isteri enggan dimadukan membabitkan 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.

Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.

Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,katanya.

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.

Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini, katanya.

Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.

Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini, katanya.

Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.
Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.

Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,katanya.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu."



kawan-kawan, gadis-gadis, abang-abang bujang, suami-suami dan isteri-isteri di luar sana, sama-sama lah kita beringat ...bila kita buat orang, satu hari nanti mungkin orang lain akan buat kita balik...gadis2 n abg2 bujang, jangan jadi perosak rumah tangga orang...suami2 n isteri2 jgn jadi perosak rumahtangga sendiri.....


oh ya..alhamdulillah..'mamat' tu tak lagi ganggu aku...ada jugak dia cuba telefon tapi aku tak jawab pun...terbayang mukanya pun aku ngeri...ehh...bukann..ada ke korang ni cakap mukanya macam penjenayah pulak....dia hensem tau...hihi....tapi perangainya tak hensem...last mesej dia, dia mintak maaf..dia kata "mungkin selama ni saya lupa awak ni isteri orang"....lupa??hurmm...takpelah...aku tunjuk mesej tu kat encik suami dia senyum je....senyuman apakah??haha...sebelum ni kawan aku suggest untuk aku tukar no phone...memang sayang...tapi since mamat tu dah tak ganggu lagi, so aku tak jadilah tukar...aku setia dengan no lama....dah bertahun pakai tuu...takkan nak tukar disebabkan mamat mereng tu kott...tapi kalau dah terpaksa n untuk kebaikan terpaksalahkann...semoga mamat tu pergi jauh2...syuh2.....:p



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..



sumber: http://perak1.forums2u.com/t1195-gangguan-orang-ketiga



no offense ok...juz to sharing maring wif u ol...tengss baca sampai abes.... :)


Tuesday, June 21, 2011

~~keje~~

last sunday xde apa program...sebab encik suami is demam....
so..no movie...no karok...no shopping...tapi still keluar jugak...encik suami sangatla gigih nak bawak jugak aku keluar walaupun dalam demam...even pegi beli magazine je pun kat jovial tuu...n makan kat batu 4...aku dah kata tk payah...tapi dia nak jugak bawak aku keluar...soo...ikut je laa...kang merajuk..hihi


ermm..plan nak balik kampung pun fail...tkpelaa...minggu depan boleh balik kan...*ni bukan ayat aku...
today encik suami is keje...keje..keje...n keje....walaupun still demam...nak buat macamana kan...kalau tk keje sapa nak bagi makan??aku dahlaa duk menganggur je lagi sekarang ni...sangat bosan okey...dalam hati meronta2 nak keje...tapi keje apa je la yang kau boleh buat puan ainun oii...nak cari keje pun tk reti...hari tu kakak ipar nak bagi jadi kerani kat GDEX taman intan tu...but encik suami macam 70-30 je nak bagi...dia kata tempat tu banyak lelaki...okey, fine...then hari tu pakcik encik suami nak suruh aku jadi agent insuran...aduhh..ni lagi keje yang memang aku tak reti...nak cari2 orang..nak explen2..pastu nak pujuk2 orang...aku tak pandai la nak bermain kata-kata manis ni...then hari tu masa round2 kat taman perumahan yang bakal kitorang duduk nampkla seven eleven yang baru je bukak...aku sesaja la cakap keje kat 7E pun okeyh jugakkan wat ada2....wahhhh..laju je laki aku kata tak payah...jangan ngengada nak berangan2 nak apply keje kat situ, abang tak bagi....encik suami kata nantila lepas2 raya baru keje..i mean keje sementara...buat masa ni relaks2 dulu kat rumah...urmm..redha je lah dah boss cakap macam tu kan...


so keje aku sekarang ni adalah..........................................
takde keje...
kemas rumah basuh baju as usual etc..etc...
blogging...facebooking...chatting...
baca majalah...tv...tido...
tunggu laki balik...


tak bermotivasi betol aku ni kan...n semalam petang aku bantai tido...dari kol 2-5...huhhh....bosan punya pasal kan...lagipun semalam aku puasa...dah lama tak puasa kan...so macam letih gile...macam nak buka..haha..kanak2 sungguh..aku pun ambikla inisiatif untuk tidoo....tu laaa mak dah pesan ganti pose awal2...tapi aku takkk...act hari tu dah ganti sekejap pastu terberhenti sebab period...rasa berat je nak sambung balik..hehhh..ape laaa aku ni...tipis sungguh iman ku...terpedaya dgn hasutan syaitonnirrojim...dah nak ramadhan ni barula terhegeh2...padan mukaa!! okey..untuk Ramadhan kali ni tak mau macam ni lagi k...haruss ganti puasa awal2..kalau boleh dalam Syawal terus ganti puasa bagi habess....


ouhh..baru pukul 2 lebih...lambat lagi nak petang...
lambat lagi nak buka puasa...
lambat lagi encik suami mahu pulang...
lambat lagi nak malam...
lambat lagi nak............


hurmmm



alololo.......



Thursday, June 16, 2011

~~say Alhamdulillah~~


"kita hadapi sama-sama ea sayang..abg janji"

Alhamdulillah..aku tak pernah keseorangan bila dalam kesakitan...
Tuhan
encik suami
mak
abah
kakak
kawan2~~cik payied...cik syaibah especially
n
mok (my fat cat)

terima kasih...

yakinlah 
sabar itu ada manisnya
yang betul tetap betul
yang salah perbaikilah
tiada manusia yang sempurna
tiada manusia yang tak pernah berdosa
tersilap sekali bukan bermakna kita perlu meneruskan kesilapan itu
muhasabah
minta keampunan
bukan saja pada tuhan
juga sesama manusia
hablumminallah hablumminannas

terima kasih Ya Allah
tak terhingga syukurku
Kau pernah hilangkan matahari namun kini Kau hadiahkan aku pelangi
semoga pelangi ini berkekalan ya Allah
aku mohon...

tabah dan terus bertabah 
doa orang2 yang teraniaya Allah permudahkan untuk dimakbulkan
doa dan terus berdoalah
akhirnya Tuhan akan tunjukkan kebenaran
yakinlah...
Allah itu Maha Adil
Maha Pengasih
Maha Pengampun

"All praises be to God"







~~mesej~~

sedang menghitung waktu...cepatlaa kul 8 malam...


"apa saja yang kau mahu...semua untukmu...oh adindaku"


ok..mesej masuk....


isteriku Nor Ainun...
Bersamamu kurasakan cinta
Bersamamu kumerasa rindu
bersamamu kubisa jatuh hati
bersamamu kurasakan sesuatu yang tak pernah kurasakan sebelumnya


macam best je ayat2nya..search kejap..fine...lirik lagu kumpulan dewa...
tapi tkpe...i anggap kata2 tu memang u yang buat...tengss...:)


~~abah~~

SELAMAT HARI ABAH


entry ni khas untuk my abahs walaupun my abahs takkan baca punya...harusla ada 's' sebab saya ada dua abah...abah kandung n abah mertua...

to encik abdul kadir bin haji mukhtar

berjuta terima kasih kerana menjadi abah saya
ye...abah adalah abah terbaik dalam dunia ini untuk saya
abah adalah hero
abah adalah lelaki paling hebat dalam hidup saya *selain encik suami
setiap pengorbanan abah takkan mampu saya balas walau setitik
cukup besar...cukup banyak...
*air mata dah bergenang ni...
sejak saya berumur 1 saat
hingga saya terlepas ke tangan suami
malahan hingga saat ini
abah beri segala yang terbaik untuk saya
terima kasih abah atas segalanya
maaf
sebab saya cuma anak
yang kadang banyak mengguris rasa hati abah
yang kadang banyak memberi kecewa di hati abah
sejuta maaf dari saya

kasih abah tetap saya simpan
nasihat abah tetap saya pegang
amanat abah tetap saya pertahan

abah adalah wira dalam hati saya
saya doakan
abah sentiasa diberi kesihatan yang baik
abah sentiasa dipermudahkan segala urusan
abah sentiasa gembira
abah hidup dan mati dalam keredhaan tuhan
 ohh...
abah kurangkan minum air oren ais yang selalu saya buat tu ye
kurangkan jugak makan makanan berminyak berlemak yang selalu dapat kat kenduri kawen tu

walau apa pun yang terjadi saya sayangkan abah
sekali lagi terima kasih yang tak terhingga kerana abah menyempurnakan hidup saya
terma kasih Tuhan kerana mentakdirkan abah adalah abah saya...
i luv u abah

to encik samin bin lagino
saat saya sah menjadi isteri kepada anak abah
saat itu jugalah abah menjadi abah saya
terima kasih kerana abahlah encik suami telah wujud
dan seterusnya ditakdirkan menjadi pelengkap hidup saya
terima kasih kerana merestui hubungan kami

saya sedang belajar untuk menjadi menantu yang baik
menantu yang layak untuk abah sebaik abah
maaf andai masih banyak kekurangannya
tapi saya percaya dengan restu dan doa abah
saya mampu menjadi isteri dan menantu yang baik untuk abah

terima kasih sekali lagi
suami saya baik
saya percaya itu semua hasil didikan abah
saya harap segala kebaikan abah akan diwarisi encik suami saya
saya akan sayangkan abah macamana saya sayangkan abah kandung saya

saya doakan
abah sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan
abah sentiasa dilindungi Tuhan
abah sentiasa gembira
dan
abah dipercepatkan dapat cucu dari anak keempat abah :)

dunia akhirat, walau apa pun terjadi abah tetap abah saya
terima kasih abah...

"selamat hari bapa kepada abah encik abdul kadir bin haji mukhtar
dan abah mertua encik samin bin lagino
juga semua bapa-bapa didunia ini tidak termasuk bapa ayam"

jadilah bapa yang terbaik untuk anak-anak anda macam bapa saya



my superhero......lebiu abah <3




Tuesday, June 14, 2011

~~petang semalam~~

petang2 macam ni bosan pulak...petangkah??dah maghrib okehh...yang ko duk lagi depan laptop kenapa??pegi mandi cepattlaa..nanti berebut dengan encik suami depan bilik air....huahuahuaa...okey..kejap eqq...
petang2 semalam sangatlaa tak boring...best sebab encik suami tak keje...so, aktiviti adalah makan2 n jalan2 n shopping2...perghhh....shopping ehh...takat beli 3,4 barang layakkah dipanggil shopping??ahhh...belasah....

sebelum makan ambik si zahim jap kat taman intan..tetiba kan encik suami nak bawak dia...ingat nak makan kari kepala ikan kat taman intan tapi dah abes...ok masa tu dah pukul 3,4 petang kan...si zahim suggest kan kedai kari kepala ikan kat depan Kluang Mall pulak...okeh...sedapp...

aktiviti seterusnya adalah pegi Kluang Mall...memandangkan bawak si Zahim mestila dia menagih janji padahal kitorang tak pernah janji pun....janjinya adalah main bumper car...memula aku rasa macam malaslaaa...biarlaaa encik suami n si zahim jer yang main...tapi kannn bila dah main, beshh pulakk...main langgar2 kan...4 minit 3 henggett sehh...kali 3 orang...n masa tambahan....suma skali 8 minit kitorg main..memang tak puas...tapi tkpelaahh..nak main sampai puas buatla sendiri bumper car kat belakang rumah...main 8 minit pun sakit2 jugak badan aku...lepas tu macam biasalah jalan2 dlm Kluang Mall, shopping2, capcomlah, snooker lahh...apa aja lah si kecik zahim yg tak berapa nak kecik tu n si besar epit yang tak berapa nak besar tu buat...

balik dari Kluang Mall sempat singgah pasar malam kat kg melayu...haha..best2...sekali terjumpa pulak ex-classmate...encik najmi...bisnes seh...jual apa ntah  aku tak berapa nak perasan....lepas tu hantar si zahim balik rumah n kitorang pun balik jugaklaaa...dah malam kott....anyway tengss to encik suami for the great day,,,great kah??haha...greatlaa selagi ada dengan encik suami....

and today kitorang pergi tengok rumah yang bakal kitorang duduk...actually ada 3 pilihan...yang tadi tengok pilihan kedua...rumah tu ok, tapi macam rumah hantu..sebab kawasan situ masih tak ramai orang duduk...sunyi sepi jeee...err.....serrammm...so kitorang decide untuk mereject rumah tu...insyaAllah bulan tujuh kitorang dah boleh move ke rumah yang first tuu...semoga Allah permudahkan segala urusan kami..... :)
n now nak pergi mandi....

***


Saturday, June 11, 2011

~~bila diuji~~

saya suka entry ni...

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. 


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).                                                                                                                                                                                           Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah.


Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).                                                                                                            Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.


http://sejambakmawar.blogspot.com/2011/02/tabahlah-bila-diuji.html

Friday, June 10, 2011

~~ha ha ha~~


HAHAHA.....HAHAHA.....HAHAHA

rasa nak tergelak...eh, dah gelak pun...sikitt....oppsss....bukanlah berniat untuk mentertawakan sesiapa...urmmm...siapalah aku untuk mentertawakan insan lain...uhhh...tak baik lorh...dosa...!!!
tapi tersenyum sikitlaaa bila mengenangkan macam2 karenah manusia....

manusia.....lazimnya mudah untuk melupakan apa kejahatan yang pernah dilakukan (bagi yg tak insaf2laaa)....tapi manusia yang pernah dijahati *cikgu hamsan.....ampunnn....susah untuk lupakan...sebab dia yang rasa...dia yang lalui...dia yang sakit...
itulah lumrahnya....

tidak menunding jari pada sesiapa....macam aku jugak...mungkin ada kejahatan yang pernah aku buat...tapi aku dah lupa....hahaha...so cruel..astaghfirullahal'azim..tapi bila dijahati bukan senang aku nak lupakan....
soo sesapa yang baca entry2 aku then tanya kenapa ur' entry macam odd or macam you tgh frust wif sumthing je...then my answer is yes.....

so sorry lah  kalau ada readers *macam la ramai sgt kan baca apa ko merepekkann...yang rasa annoying je dgn apa yang aku publish...i told u for many times SILALAH BLAH...this is my blog n suka suki aku nak tulis apa asalkan aku tak kacau hidup orang....kalau ada yang rasa terganggu, JANGAN BACA....kalau ada yang concern n tanya kenapa, thanksss banyak2 k...aku tak pernah berniat nak buat sampai ada orang nak berapi...tapi go on kalau terberapi....ada aku kisah???then, kalau aku nak tulis entry yang sama berjuta kali pun kau ada apehal.....???siapa anda nak menilai jiwa n raga saya....u know what?dengan jiwa n raga kitalah kita akan bawa mati...kalau jiwa raga kita baik, insyaAllah baiklaaa...

daripada aku tulis entry benda2 yang boleh mengaibkan diri sendiri.....hah!!mak bapak jugak yang termalu nanti...macam ada aku terbaca kat mana ntah pasal budak tu mengaku dah having sex with her bf since 14....or ada gak yang cerita pasal dia yang suka berskandal sana sini....kan ke mengaibkan diri sendiri tuuu.....daripada org tak tau jd tau...aku pernah la tanya encik suami about his opinion la sapa yang suka buat2 benda macam ni then dia jawab 'gila punya perempuan...macam tak de maruah je'...ohooo...emosional plak laki aku ni sampai cakap macam tu..errr..tapi aku tak tau kenapa mesti dia cakap 'perempuan' padehal laki pon sama je ada gak wat benda macam tuuu...*kaum perempuan sila cakap setuju.......n hukum mengaibkan diri sendiri is berdosa okk...

emm...bukan nak mengata sesiapa sebab aku pun tak tahu nasib masa depan aku macamana but dengan benda2 macam ni lah aku jadikan pengajaran....terpulang.....ada orang dia bangga dengan kesalahan yang dia buat then dia nak canang satu dunia...pastu dia nak claim apa yang dia buat is betolll....
motif??
ntah...sebab aku tak buat macam tu setakat ini n doakanlah aku takkan buat benda2 macam tu....na'uzubillahiminzalik...semoga Tuhan jauhkan...

last~~lagi satu aku ni susah nak cari pasal dengan orang tapi kalau ada orang yang cari pasal dengan aku, aku akan bagi pasal tu kaw-kaw punyeee....haaaa...hambekkk...nak sangat kann...;)

***

okay....sudah mengantuk....penat driving...chehhh...penat pulakkk...bp-kluang-bp je kottt...auto plak tuuu...jem pun xdeee...ohh...semalam pergi kluang sebab ada hal lain...so sambil menyelam minum air laa...of koslahh mlm tadi tido rumah encik suami setelah dipengaruhi oleh beliau..tu yang terjumpa zizan kat Kluang Mall..ahaha....then hari ni balik semula ke bp....esok pegi balik Kluang pastu balik bp....wahhhh..memang ukur jalannn...so malam ni harusla tido awal...esok pagi kemas2 rumah then teruslah terbang ke Kluang semula...;))


~~KL Gangster~~


dah tengok.......best...malam tadi berkejar2 dengan encik suami n one of his nephew, zahim to Kluang Mall..demi aaron aziz.ohh..demi zizan jugak..panggung soo penuh...n dapatla seat K....sakit kepala okehh...naseb baik cerita best..kalau tak harusla aku tidoo dalam panggung....

aku tak reti nak preview filem nih..haha..yang penting citer ni best...n aku sangat suka 'malik' n 'fadil'...sangat puas hati dengan ending filem ni...zizan paling tak boleh blah...satu panggung gelak dengan zizan...tak sia-sia aku minat zizan..huuuu....aaron aziz pun besh...nama pun hero kann...harusslaaa yang paling best...ahhh senang cakap tak rugi la tengok filem ni...banyak scene gaduh2...ohh...itu part yg encik suami suka...

emm..balik panggung jalan2 kejap kat dalam kluang mall...niat hati nak maen bumper car...niat hati si zahim yer bukan niat hati aku mahupun encik suami....tapi dah tutup.....Alhamdulillah.....huhu....so pegilah makan...makan-makan n pulang..~~


macam nak sepak2 je muka dia...sebab bestt...huhuu


inilah hero yang memang hero....

so secara keseluruhannya movie ni best..bagi akulaaa....korang p la tengok sendiri kalau nak tau best ke takk...anyway...thanks to encik suami...asyik tengok movie jee....evry week kott....memang menyokong industri perfileman melayu betull...so...next movie kalau tak silap 3,2,1 cinta....best tak best kita tengok lah nanti yer kalau ada masa......n...........fulusss....;))



*ok...gambar zizan paling besarrr....